Keahlian

KELAYAKAN KEAHLIAN

  1. Kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

  2. Pekerja Koperasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad.

  3. Warganegara Malaysia.

  4. Telah mencapai umur lapan belas tahun.

  5. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi.

  6. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

FI MASUK

  1. Tiap tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM60.00. Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

  2. Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM60.00.

  3. Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.

  4. Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.

HAD PELABURAN

  • Jumlah maksimum pelaburan adalah sebanyak RM500,000 sahaja.