SEJARAH & LATAR BELAKANG
Koperasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah didaftarkan pada 25 Ogos 1997 di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK). Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (SKM) dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Pesuruhjaya Malaysia (JPK). Nama Koperasi Kolej Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad kemudian ditukar kepada Koperasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di bawah subseksyen 18(3) Akta Koperasi 1993.
​
Koperasi bermaksud sebuah persatuan autonomi yang terdiri daripada individu-individu yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial, dan budaya bersama mereka melalui perusahaan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.
Koperasi UTHM ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 berdasarkan prinsip-prinsip koperasi berikut:
​
i. Keahlian adalah sukarela dan terbuka;
ii. Kawalan demokrasi oleh ahli-ahli;
iii. Penglibatan ahli dalam aktiviti ekonomi;
iv. Kebebasan dan autonomi;
v. Pendidikan, latihan, dan maklumat;
vi. Kerjasama antara koperasi;
vii. Prihatin terhadap komuniti.
TENTANG KAMI
Koperasi Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Berhad atau dikenali sebagai Koop UTHM adalah sebuah Koperasi yang mengkhusus dalam lima bidang utama: hartanah, kredit, perniagaan F&B, latihan dan gymnasium. Koperasi ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan peluang perniagaan kepada ahli-ahli serta komuniti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, dengan tujuan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial mereka.
INFO TERKINI
Struggling with evaluating your thesis? Join us for an insightful Student Chapter Webinar session.
Jom sertai sesi kami untuk dapatkan panduan terkini dalam mengasah kemahiran pemikiran kritis dan kreativiti, serta teknik yang terbukti membantu dalam mencapai kejayaan pelajar.
HUBUNGI KAMI
PEJABAT URUSAN KOPERASI UTHM BERHAD
Lot 109, Jalan Universiti 5, Taman Universiti,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim,
Malaysia.